Jenayah

Palsu Dokumen Untuk Bantuan Banjir, Buruh Dipenjara Sehari, Denda RM5,000

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara satu hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan Dana Bantuan Banjir sebanyak RM500.

Tertuduh, Tengku Yolhendri Tengku Nazeri, 31, juga berdepan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda yang dikenakan.

Keputusan dibuat oleh Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 456 akta yang sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan satu dokumen iaitu Borang Penyampaian Dana Bantuan Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai 2014 untuk memperoleh Dana Bantuan Banjir bernilai RM500.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat JKMDaerah Kemaman pada 6 Mei 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");