Isu Panas

‘PAS Hanya Alat PKR, DAP’

KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO mencabar EXCO PAS Selangor berundur daripada pimpinan kerajaan negeri berikutan tidak pernah dihargai PKR.

Selangor akan diterajui kerajaan campuran apabila PAS keluar daripada kerajaan negeri.

Ketika ini, selepas pergolakan empat tahun lalu, PAS dan PKR memegang jumlah kerusi yang sama iaitu 13 kerusi; DAP (14); PAN (2); Bebas (2); manakala Barisan Nasional (BN), kekal 12 kerusi.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata PAS perlu sedar mereka hanya diperalatkan PKR dan DAP dalam usaha menawan Selangor.

Katanya, pendirian Majlis Presiden pakatan pembangkang yang memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), semalam, adalah satu isyarat jelas.

“PAS kini ibarat ‘habis madu sepah dibuang’ dan tidak lagi diperlukan dalam pembangkang. Mereka (pembangkang) sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dalam PRU14.

“Saya juga mencabar Mohamed Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) memecat EXCO PAS sedia ada kerana parti itu sudah menikam PAS dari belakang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, PAS wajar sedar dan membuat keputusan untuk berundur kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri.

“Tetapi malangnya, PAS masih bergantung kepada PKR, umpama hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Kalau PAS mempunyai maruah, mereka seharusnya berundur dari Kerajaan Negeri Selangor dan tidak sepatutnya bersama dalam pentadbiran Mohamed Azmin,” katanya.

Nazir Hussin turut mempersoalkan sama ada PAS masih sanggup diperkudakan di Selangor walaupun, Muktamar PAS Ke-63 memutuskan tiada lagi kerjasama (tahaluf siyasi) dengan PKR.

Katanya, pengorbanan PAS tidak bernilai, sebaliknya terus dimalukan dengan keputusan Majlis Presiden pakatan pembangkang yang menolak parti itu pada PRU akan datang.

– BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");