Berita Hari Ini

Pecah Rekod Dunia Di Gunung Angsi

SEREMBAN: Seramai 4,222 pendaki memecahkan rekod dunia kategori rantaian orang berpegangan tangan paling panjang dalam Guiness World of Record di Gunung Angsi, Kuala Pilah, semalam.

Acara anjuran kerajaan negeri dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) yang dilakukan melalui program Ekspedisi Menuju Puncak 2017 sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 negara itu, turut dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

Wakil Guiness World of Record dan MBOR, menyampaikan sijil kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada majlis perasmian program itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, semalam.

Lapor BH Online, Pengurus Besar LPNS, Baharudin Jali, berkata rekod dunia kategori berkenaan sebelum ini dicipta di Pakistan membabitkan 2,950 peserta pada 29 September tahun lalu.

“Kita merancang acara besar ini untuk memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan negara, selain menzahirkan semangat patriotisme kalangan peserta yang kebanyakannya adalah pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Secara keseluruhan, lebih 8,000 peserta terbabit dalam program ini dengan yang selebihnya menjayakan pendakian ke puncak Gunung Angsi,” katanya selepas majlis perasmian disempurnakan Mohamad.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Dr Awaluddin Said.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau yakin catatan rekod dunia itu bakal memperkenalkan Gunung Angsi dan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah sebagai lokasi pelancongan di peringkat antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");