Jenayah

Pekerja Didenda Minum Air Mangkuk Tandas

SICHUAN – CHINA. Beberapa foto dan video menunjukkan pekerja meminum air dari mangkuk tandas yang tersebar dan menjadi tular, menimbulkan rasa mual pelayar laman sosial.

Memetik laporan Beijing News, kesemua individu terbabit bekerja di sebuah studio fotografi di bandar Guang’an.

Kesemua mereka didakwa tidak menyampaikan prestasi memuaskan dan didenda dengan cara jijik itu.

Seorang pekerja wanita memberitahu, beliau mengalami cirit-birit dan tidak mampu makan tanpa mengalami muntah-muntah.

Video dan foto insiden tersebut kemudian tular di laman sosial China dan aplikasi mesej, WeChat.

Seorang kakitangan yang merakam video berkenaan ditahan polis dan kes tersebut sedang disiasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");