Sukan Hari Ini

Pelumba Basikal Veteran Optimis Emas Milik Negara

SKUAD berbasikal negara optimis mampu meraih emas dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki yang bermula di Dataran Nilai.

Pelumba veteran negara, Anuar Manan, 31, berkata, dengan kekuatan yang ada dalam pasukan berkenaan terutamanya penyandang pingat emas acara itu Mohd Harrif Saleh, beliau yakin pingat itu mampu dipertahankan di laman sendiri.

“Saya dan pasukan akan bantu Harrif untuk dapatkan pingat dan saya yakin kita mampu pertahankan pingat ini,” katanya kepada pemberita sebelum acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki dimulakan di sini, hari ini lapor Bernama.

Selain Anuar dan Mohd Harrif, skuad berbasikal kebangsaan turut dianggotai pemenang pingat gangsa Kriterium Lelaki Mohd Zamri Saleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Muhamad Adiq Husainie Othman dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.

Untuk rekod, Mohd Harrif meraih emas pada acara sama pada edisi ke-28 Sukan Sea di Singapura manakala Anuar meraih gangsa.

Pada 2005, negara turut meraih emas dalam acara yang sama di Manila, Filipina menerusi Suhardi Hassan.

Acara hari ini yang melibatkan jarak sejauh 141.6 kilometer disertai 55 pelumba daripada negara peserta iaitu Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Brunei, Loas, Kemboja , Myanmar dan tuan rumah Malaysia.

Acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki merupakan acara lebuh raya terakhir sebelum acara BMX mengambil tempat pada Sabtu dan Velodrom pada Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");