Perak Hari Ini

Pembangkang Amal 3B: Benci, Bohong Dan Balun Sahaja

IPOH:Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pembangkang terusan membuat pembohongan dan menanamkan elemen propaganda semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Jelasnya, tindakan mempertikaian mengenai soalan bertulis yang tidak sempat dijawab bukannya bermaksud pihak Kerajaan takut untuk memberikan jawapan.

“Sidang dewan ini diadakan bagi memenuhi tempoh masa enam bulan mengikut tatacara dewan setiap enam bulan perlu diadakan mesyuarat bagi memastikan tempoh tidak terputus jadi bukan kerana takut, pembangkang itulah alasan walaupun memahami tatacara dewan sekian lama.

“Bagi jawapan soalan lisan dan bertulis serta menjawab bilangan soalan yang tidak dijawab mereka mengetahui bahawa soalan lisan yang tidak dijawab semasa bersidang akan dijawab secara bertulis.

“Buruk sangatlah kita tidak menjawab soalan yang diberikan kerana mereka mendengar manipulasi pihaknya berdasarkan konsep tiga B iaitu benci, bohong dan balun sahaja,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Kedua, penggal kelima persidangan dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tambahnya lagi,walaupun ia telah diperjelaskan berulang kali namun pandangan propaganda itu sentiasa dimainkan supaya rakyat percaya.

“Mereka mengemukakan data kemiskinan yang disediakan peringkat pusat malah ukuran kemiskinan itu bukan saya yang tetapkan bukan negeri tetapi peringkat kebangsaaan ukuran yang sama digunakan di Selangor dan Pulau Pinang, dan dia geram dengan pencapaian negeri ini.

“Mereka gemar bermain dengan angka orang akan percaya, sikap begitu terusan berbohong meletakkan negeri perak negeri yang teruk dan harapan ada yang percaya..kita tahu taktiknya, strategi dimainkan pembangkang tidak mempedulikan apa yang dibahaskan sama ada benar atau tidak,” katanya.

Terdahulu pihak pembangkang mempersoalkan soalan lisan yang disediakan pihak mereka tidak diterima keseluruhannya apabila hanya 224 soalan bertulis yang berjaya dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");