Perak Hari Ini

Pemimpin Pembangkang Jangan Politikkan Isu Rabies –Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyelar tindakan pemimpin pembangkang yang mempolitikkan isu Rabies.

Menurut beliau, isu pewartaan kawasan wabak rabies khususnya di kawasan Kuala Sepetang bukanlah suatu tindakan yang disengajakan.

Malah katanya, keputusan bagi mewartakan sesuatu kawasan itu adalah hasil dari pemerhatian laporan dan perbincangan teliti dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak.

“Saya ingin katakan isu pewartaan kawasan wabak ini bukanlah seperti kita nak buka kedai, ada masa buka, ada masa sengaja kita tutup balik, tapi ia merupakan hasil nasihat dan laporan daripada yang pakar seperti JPV,” katanya.

Sebelum ini Adun Kuala Sepetang, Chuah Yee Ling telah meminta kerajaan negeri agar menyegerakan proses pembatalan tindakan berkenaan.

Namun perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak beretika kerana isu Rabies melibatkan aspek kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Ini soal (keselamatan dan kesihatan) rakyat, jangan dipolitikkan dan biar ia berjalan mengikut prosedur yang telah ditetapkan (oleh JPV).

“Saya juga ingin katakan di sini tindakan yang kita ambil ini adalah demi kesejahteraan rakyat dan jika kita tak ambil apa-apa tindakan, nanti Kerajaan negeri pula akan dipersalahkan”, ujar Zambry.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Kepada Penjawat-Penjawat Awam Negeri di Amanjaya Convention Centre, Casuarina Meru, di sini pada Selasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");