Membawang Hari Ini

Peminat Malaysia-Indonesia Gaduh Gara-gara Foto Patin Tempoyak Bella

Sebelum ini kecoh mengenai pertelagahan antara netizen kita dengan netizen negara jiran, Indonesia, gara-gara isu nasi goreng dan popiah, siapa punya.

Terbaharu, timbul satu lagi situasi yang sama dan kali ini menu masakan tradisional patin tempoyak pula yang menjadi ‘rebutan’.

Isu tersebut timbul bermula dengan sekeping gambar yang dimuat naik oleh aktres jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella, di akaun media sosial Instagram miliknya, kira-kira dua minggu lalu.

Pada gambar tersebut, bintang filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 itu berkongsi masakan itu berserta kapsyen ringkas, “Patin Tempoyak” (dan disertakan emoji simbol ‘jatuh cinta’).

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya bukan saja di seberang malah di sini.

Pertelingkahan antara peminat tercetus apabila ada netizen Indonesia yang menyatakan masakan itu berasal dari Palembang. Tidak setuju dengan kenyataan tersebut, ramai pengikut dari Malaysia ‘membalas’ komen menyatakan ia masakan tradisional popular berasal dari Pahang.

Lucunya, kerana ada pengikut yang saling memberi komen berbaur sindiran dan juga secara bersahaja termasuklah mempersoalkan jerebu ‘milik siapa?’.

Meskipun pengikut dari kedua-dua negara saling bidas membidas dan mempertahankan pandangan masing-masing namun tiada sebarang komen reaksi daripada Bella.

Nampaknya aktres yang bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Malaysia ini mengambil pendekatan bijak tidak memberi sebarang komen agar isu ini tidak berpanjangan.

Mungkin, niat Bella sekadar mahu berkongsi menu yang dinikmatinya pada hari itu. Tidak sangka pula mencetuskan ‘perang’ antara peminatnya dari kedua-dua negara.

Apa-apa pun, kita dan Indonesia kan serumpun. Tidak salah rasanya jika kedua-dua rakyat negara ini saling berkongsi budaya termasuklah juadah. Sedangkan dua hati boleh bersatu, ini kan pula kongsi lauk patin tempoyak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");