Isu Panas

Penganjur Forum Bakal Didakwa Gagal Patuhi Akta

KUALA LUMPUR – Penganjur program Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ia disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menegaskan, penganjur forum trsebut tidak boleh ‘lepas tangan’ dengan menyalahkan pihak lain memandangkan program itu adalah di bawah tanggungjawab mereka.

“Mereka mahu menyalahkan parti politik lain, itu kita (polis) tidak mahu pun masuk campur, namun apabila mereka cuba mula menyalahkan PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, itu memang tidak masuk akal.

“Peguam mereka yang bijak pandai ramai, sila bacalah semula semua 10 syarat di bawah Seksyen 25 APA 2012, sekarang sudah jadi masalah seperti ini, mereka jangan pula boleh terlepas begitu sahaja,” terang Khalid lagi.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar diadakan di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketika forum tersebut, kekecohan timbul apabila ada pihak tertentu dilihat membaling kerusi ke arah bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas yang ketika itu sedang bertanyakan soalan mengenai insiden berdarah Memali.

Ini disusuli dengan pelbagai aksi liar lain termasuk suar dibakar di dalam dewan menyebabkan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa membatalkan sesi soal jawab untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid turut mengesahkan tangkapan berhubung kekecohan yang berlaku ketika program itu di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu setakat ini adalah 13 orang. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");