Perak Hari Ini

Pengurangan Kompaun 50 Peratus, Dapat Sambutan

IPOH:Pengurangan­ Kompaun sehingga 50 peratus bagi kompaun saman semasa dan terpilih sahaja antara yang mendapat sambutan luar jangka menerusi program JPJ Bersama Pelanggan yang dijalankan pada minggu terakhir setiap bulan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Mohd Zawawi Zakaria berkata inisiatif tersebut bagi menggalakkan orang ramai untuk datang mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

“JPJ Bersama Pelanggan telah bermula pada Febuari lalu, dan dilaksanakan pada minggu terakhir setiap bulan, dengan menawarkan perkhidmatan disediakan rundingan, khidmat nasihat dan juga permasalahan orang awam.

“Kebanyakan orang awam yang datang ke JPJ Perak adalah bagi mendapatkan perkhidmatan istimewa ialah pengurangan kompaun sehingga 50 peratus, bagi kesalahan tertentu tidak termasuk kesalahan AES, Kesalahan melibatkan kes mahkamah, Lebih Muatan, OPS Khas dan tujuh kesalahan utama,” katanya kepada media hari ini.

Jelas beliau, pemberian pengurangan kompaun tersebut menjadi pilihan orang ramai apabila mereka dapat mengurangkan jumlah saman tertunggak dalam jumlah yang ketara.

“Sambutan orang ramai sangat menggalakkan malah kita turut melibatkan pelbagai agensi dan peniaga luar,” katanya yang kemudiannya turut meninjau Hari JPJ Bersama Pelanggan yang berlangsung hari ini di perkarangan JPJ Perak di sini.

Jelasnya lagi, pengurangan kompaun itu juga telah memupuk kesedaran orang ramai yang sebelumnya gemar menangguhkan pembayaran atas kesalahan yang dilakukan.

Turut disediakan perkhidmatan van mobile di luar perkarangan JPJ Perak serta pameran jualan.

JPJ Bersama Pelanggan melibatkan lima cawangan JPJ seluruh negeri ini turut menganjurkan program ini serentak pada minggu terakhir setiap bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");