Sukan Hari Ini

Pengurus Pasukan Diingat Pantau Atlet Masing-Masing

KUALA LUMPUR: Kesemua 24 pengurus pasukan yang berada di Hotel Renaissance di sini diingatkan supaya memantau pergerakan atlet di bawah selian masing-masing menjelang Sukan SEA ke-29 yang bermula dengan acara bola sepak pada 14 Ogos ini.

Timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2017, Jefri  Ngadirin berkata pengurus pasukan perlu bertanggungjawab sekiranya atlet di bawah mereka terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat di luar kawasan hotel berkenaan yang merupakan tempat penginapan rasmi kontinjen negara.

“Di sini ada semua kemudahan asas dan hiburan yang diperlukan untuk menenangkan fikiran mereka dan mereka sewajarnya menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

“Kita mengarahkan pengurus pasukan dalam kesemua 24 sukan yang menginap di sini untuk memastikan atlet di bawah selian masing-masing berada dalam bilik mereka selewatnya-lewatnya 11.30 malam atau kita akan mengambil tindakan tegas sekiranya atlet terlibat melanggar peraturan tersebut,” katanya.

Jefri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi lawatan media ke Pusat Prestasi TeamMas di hotel itu pada Sabtu.

Antara kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan yang  diwujudkan oleh Institut Sukan Negara (ISN) ialah khidmat dandanan, solekan dan Spa, makanan dan minuman serta bantuan sains sukan dan perkhidmatan perubatan.

Acara bola sepak akan membuka tirai Sukan SEA 2017 pada 14 Ogos ini, disusuli upacara pembukaan rasmi dan penutupan masing-masing pada 19 dan 30 Ogos.-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");