Perak Hari Ini

Pengusaha Pelancongan Kuala Sepetang Perlu Bersabar, Kekalkan Mutu Perkhidmatan

IPOH:Pengusaha pelancongan di Kuala Sepetang dinasihat supaya bersabar dan tetap mengekalkan mutu perkhidmatan di kawasan tersebut berikutan kawasan itu masih diwartakan selama dua tahun setelah satu kes wabak Rabies ditemui.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi perwartaan kawasan itu dalam tempoh dua tahun pastinya akan menjejaskan jumlah peratusan kehadiran pelancong bagaimanapun semua pihak disaran memahami prosedur yang dijalankan pihak berwajib.

“Menerusi pengumuman dari semasa ke semasa berkaitan kes wabak Rabies melalui kerajaan negeri diharapkan dapat mengurangkan kebimbangan dan kegusaran pelawat-pelawat yang ingin datang ke kawasan Kuala Sepetang dan sebagai satu langkah berjaga dimaklumkan kepada pelawat,” katanya kepada media setelah merasmikan Malaysia International Travel Mart (MITM) Fair 2017 kali ke-9 yang berlangsung di Ipoh Parade di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi mengembalikan jumlah kehadiran pelancong ke kawasan tersebut dari semasa ke semasa.

“Kita berharap agar pengumuman yang diberi oleh pihak kerajaan akan memberi keyakinan pelancong untuk datang ke melancong ke kawasan tersebut dan para pengusaha pelancongan juga perlu mengekalkan mutu operasi masing-masing,” katanya.

Beliau terdahulu turut mengakui berikutan laporan kes wabak Rabies tersebut jumlah peratusan kehadiran pelancong ke kawasan Kuala Sepetang turun mendadak bagaimanapun pihak pengusaha pelancongan telah kembali beroperasi seperti sedia kala kini.

Nolee turut menyatakan keyakinan bahawa sasaran kehadiran 8 juta pelancong ke Perak sempena Tahun Melawat Perak 2017 berjaya direalisasikan.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai status pembangunan di Pulau Sembilan yang kini sudah memasuki tahap kedua proses pemulihannya.

“Segala operasi secara haram dikawasan tersebut telah ditutup dan sekarang pada tahap kedua pemulihan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");