Perak Hari Ini

‘Penindasan Rakyat Palestin Bukan Isu Bermusim’

KUALA KANGSAR: Perihal kekejaman dan penindasan kerajaan Israel  ke atas penduduk Palestin bukanlah satu isu yang baru dan bermusim.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim Malaysia (Serantau Muslim), Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata umat Islam amnya harus terus bangkit dan prihatin dengan isu kekejaman zionis Israel terhadap saudara-saudara seagama di bumi masjid suci ketiga Islam itu.

“Kita melihat isu kekejaman ke atas rakyat Palestin ini bukanlah satu perkara yang bermusim dalam erti kata lain bukannya apabila ada isu terbaru baru kita nak bangkit, menyuarakan tentangan, dan selagi bumi Masjid Al-Aqsa itu tidak bebas dari cengkaman mereka (zionis Israel), isu ini tak akan terhenti.

 

“Pada masa sama juga, kita lihat sekiranya perkara ini diabaikan maka, kesannya bukan sahaja kepada Palestin semata-mata malah, ianya sedikit sebanyak akan memberi impak kepada umat Islam di Malaysia kerana hal ini turut melibatkan aspek politik, diplomatik dan ekonomi antarabangsa, serantau dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Perhimpuanan Aman Pertahankan Al-Aqsa di kawasan Masjid Ridzuwaniah, di sini pada Jumaat.

Selain beberapa jemaah masjid berkenaan, perhimpunan itu turut dihadiri beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya, Serantau Muslim, Persatuan Belia Imarah Masjid, dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kuala Kangsar.

 

Menurut Raja Ahmad lagi, selain dari perhimpuan sedemikian Serantau Muslim bersama beberapa badan NGO Islam lain khususnya di Kuala Kangsar, akan mengadakan beberapa siri jelajah di masjid dan kampung bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat.

“Kami juga mencadangkan setiap masjid-masjid daerah mahupun masjid utama (di seluruh Perak) agar mengadakan khutbah dan forum-forum bagi meningkatkan dan terus ‘menyegarkan’ orang ramai tentang penindasan ke atas penduduk di Palestin.

“Selain itu juga, kesemua NGO Islam di Perak ini harus mengadakan satu koordinasi kesepakatan supaya dapat kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");