Jenayah

Penyamun Menyamar Pelanggan Sebelum Samun Hotel

BAGAN SERAI – Polis daerah Kerian mengesan taktik penjenayah berpura-pura menjadi pelanggan sebelum menyamun mangsa di dua hotel bajet di sekitar Parit Buntar antara Julai dan Ogos tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Suptritendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya mengesan modus operandi itu berdasarkan laporan daripada kedua-dua mangsa yang merupakan pemilik premis terbabit.

“Penjenayah menggunakan pisau pemotong sayur dan memaksa mangsa menyerahkan wang yang ada di premis terbabit dengan anggaran kerugian kira-kira RM1,000,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perjumpaan bersama pengusaha stesen minyak, premis serbaneka 24 jam dan pemilik hotel bajet di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Omar Bakhtiar berkata, lima kes samun, curi dan curi motosikal dilaporkan berlaku di stesen minyak dan kedai serbaneka di sekitar daerah Kerian sepanjang tahun lalu.

“Setakat tahun ini, sebanyak lima kes samun dan curi dilaporkan membabitkan sebuah stesen minyak, dua premis serbaneka dan dua hotel bajet.???????

??????????????“Waktu kejadian dilaporkan berlaku di antara jam 2 pagi hingga 6 pagi bagi premis serbaneka 24 jam dan stesen minyak, manakala 3 petang hingga 6 petang bagi kes membabitkan hotel bajet,” katanya.

Mengenai perjumpaan hari ini. Omar Bakhtiar berkata ia diadakan bagi membincangkan isu terbabit serta langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama terus berulang.

Katanya pihak pengusaha disaran meningkatkan langkah kawalan pencegahan keselamatan termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di luar premis untuk memudahkan pengecaman suspek terlibat dan kenderaan yang digunakan.

Selain itu, beliau turut menggalakkan orang awam menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk membolehkan mereka melaporkan sebarang kejadian jenayah seterusnya membantu polis menangani kes jenayah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");