Berita Hari Ini

Penyebar Fitnah Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

GUA MUSANG – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyalahgunakan kemudahan Internet serta media sosial untuk menyebarkan fitnah termasuk terhadap kerajaan.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijangkakan semakin banyak penyebaran maklumat palsu untuk mengelirukan fikiran rakyat termasuk menanam sikap benci terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Penyebaran maklumat tidak tepat melalui saluran berkenaan (media sosial) secara bebas oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga mengelirukan rakyat, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Jawatankuasa Biro IT UMNO Bahagian Gua Musang di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga mahu anggota Biro IT parti itu memantapkan gerak kerja bagi menangani penyebaran fitnah dengan memberikan maklumat sebenar terhadap sesuatu perkara kepada rakyat.

“Fungsi mereka amat besar bagi memulihkan kekeliruan yang timbul kesan daripada fitnah yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU14,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");