Perak Hari Ini

Perak Mahu Perluas Pemahaman Indeks Syariah Kepada Orang Ramai

IPOH: Perak optimis bagi memberi pendedahan dan pemahaman secara menyeluruh mengenai pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia kepada penduduk di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir

Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir berkata indeks Syariah Malaysia memberikan maklum balas dan menyampaikan maklumat memaklumkan kepada masyarakat serta cara pelaksanaan.

“Indeks Syariah adalah satu pendekatan Maqasid Syariah yang bertujuan memberikan penilaian terhadap perkara yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian termasuklah melibatkan ekonomi, sosial, politik, kesihatan dan pendidikan.

“Berdasarkan lima perkara utama, kerajaan membuat pendekatan untuk membuat penilaian sejauh mana pencapaian yang telah dicapai dan ia adalah satu pendekatan ikhlas pihak kerajaan berusaha mengingatkan kita, memenuhi konsep kehidupan seharian,” katanya kepada media sejurus selepas merasmikan Wacana Indeks Jenayah Peringkat Negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Perak menjadi negeri pertama menganjurkan Wacana Indeks Syariah peringkat negeri Perak selepas ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Tambah Zambry lagi, dunia luar menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik hingga mengiktiraf Indeks Syariah Malaysia sebagai yang pertama dilaksanakan bagi dunia Islam.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Mohamad Nordin Ibrahim

“Ia satu panduan yang diikuti, dan mengukur tahapnya sama ada ia baik atau tidak malah menjadi panduan kepada semua,” katanya.

Semua pihak disaran untuk cuba memahaminya dan tidak menyifatkan ia sebagai satu pendekatan ‘kosmetik’ semata.

Kerajaan Negeri bercadang agar pemahaman mengenai pelaksanan Indeks Syariah akan diperluas ke semua daerah dan kampung-kampung di negeri ini.

Sementara itu, Mohamad Nordin berkata pada peringkat ini adalah fasa kepada elemen pembudayaan bagi menerapkan pemahaman dalam kalangan pemimpin dan seterusnya diaplikasikan ke dalam dasar sedia ada di pihak kerajaan kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");