Berita Hari Ini

Perbaiki Aspek Perpaduan Polarisasi Kaum

PUTRAJAYA – Memperbaiki aspek perpaduan dan soal polarisasi kaum dalam kalangan generasi muda adalah antara agenda yang dibincangkan dalam merangka dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata isu polarisasi kaum dan perpaduan dalam kalangan rakyat, khasnya generasi muda masih terlalu ketara namun ia di tahap yang boleh diperbaiki.

Selain sistem persekolahan pelbagai aliran, ketiadaan titik pertemuan yang boleh dijadikan sebagai pengalaman bersama juga merupakan antara sebab yang menyumbang kepada keadaan itu, katanya.

“Tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan dalam mencari alternatif lain bagaimana untuk menambah titik-titik pertemuan tersebut agar rasa kebersamaan sebagai warga Malaysia dapat disemarakkan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan lagu ‘Bumi Tercinta’ terbitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Malaysia di sini hari ini.

Katanya walaupun bukan mudah, usaha meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat perlu ditekuni bersama melalui perbincangan lebih meluas agar satu titik pertemuan dapat dicapai, sekali gus diaplikasikan sebagai medium memperkukuh rasa kebersamaan dalam kalangan pelbagai bangsa di negara ini.

Mengenai lagu tersebut, Khairy yang juga Penaung Aman Malaysia berkata pelancarannya bertepatan bagi menyemarak semangat patriotisme dalam kalangan rakyat ketika negara sedang membuat persiapan menyambut hari kemerdekaan dan Hari Malaysia selain membantu menambah khazanah lagu-lagu patriotik sedia ada.

Dicipta oleh pencipta lagu terkenal Aubrey Suwito, Bumi Tercinta yang liriknya ditulis oleh Ad Samad menampilkan Dayang Nurfaezah, Jaclyn Victor, Azlan and the Typewritter, Talitha Tan, Back to Basixx dan Thohir sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, Presiden Aman Malaysia Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata penerbitan lagu yang menggambarkan kekuatan dan sikap bersatu padu serta progresif yang wujud dalam kalangan masyarakat itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Aman Malaysia menyemarakkan bulan kemerdekaan selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu ‘Keamanan, Pembangunan dan Perpaduan’.

Lagu Bumi Tercinta boleh didapati di laman sesawang dan Facebook Aman Malaysia iaitu www.amanmalaysia.com, www.facebook.com/amanmalaysia.org, serta laman Twitter dan Instagram di @amanmalaysia. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");