Jenayah

Pesalah AES, Segera Bayar Saman!

PUTRAJAYA: Pesalah trafik yang dikenakan saman menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak 15 April lepas digesa menjelaskan saman  tersebut  bagi mengelakkan tindakan mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata ini susulan persetujuan kerajaan agar pesalah trafik yang ingkar menjelaskan saman AES terbabit dihadapkan ke mahkamah.

“Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan kompaun RM150, dan jika gagal untuk membayar dalam tempoh tertentu tindakan mahkamah akan diambil dan berdepan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 lebih baik bayarlah kompaun itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas  Perhimpunan Bulanan JPJ dan majlis menandatangani perjanjian persefahamann (MoU)  antara JPJ dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia di sini Jumaat.

Katanya buat masa ini saman yang dikeluarkan AES merangkumi  dua jenis kesalahan iaitu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Mengulas mengenai pemasangan AES yang mengambil gambar dari arah belakang kenderaan, beliau berkata kaedah itu hanya digunakan di sesetengah tempat mengikut kesesuaian lokasi.

“Bila kita mengambil gambar sebegitu, kita boleh melihat model dan nombor pendaftaran kenderaan dengan lebih jelas,” katanya  menambah kini terdapat 21 kamera AES yang dipasang  di kawasan-kawasan panas yang sering berlaku kemalangan di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");