Membawang Hari Ini

Que Haidar ‘Sound’ Pelakon ‘Kayu’ Join Kelas Lakonan

SEMALAM menerusi laman Facebook Movie Addict, Que Haidar telah memuat naik satu posting yang menegur pelakon-pelakon baharu untuk menimba ilmu menerusi bengkel lakonan yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menerusi posting itu, beliau dilihat kesal kerana pelakon-pelakon baharu langsung tidak kelihatan dalam bengkel-bengkel lakonan di bawah kelolaan pelakon-pelakon ‘otai’, Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi, Elly Suriati Omar dan Zul Huzaimi.

Pelakon yang pernah popular dengan filem Rock ini menyifatkan ramai pelakon baharu majoritinya ‘kayu’ dan tidak berilmu dalam bidang lakonan.

Pemegang title Pelakon Filem Lelaki Popular 2008 dan 2009 Anugerah Bintang Popular (ABP) ini turut mencadangkan pihak Seniman seharusnya mewajibkan kelas lakonan anjuran Finas ini kepada semua pelakon baharu.

“Kalau saya nak cadangkan ke Persatuan Seniman supaya buat meeting dan menyenaraikan semua pelakon baru yang ‘kayu’ supaya wajib menghadirkan diri ke kelas lakonan anjuran Finas.

“Jika tidak hadir atau kehadiran tidak lengkap, mereka tidak dibenarkan shooting,”katanya.

Tambahnya lagi, cadangan ini juga sebagai garis panduan kepada stesen televisyen, penerbit dan juga pengarah yang terlalu mementingkan nilai komersial seseorang pelakon itu termasuk paras rupa dan juga jumlah pengikut di laman sosial.

Que juga berkata cadangan ini harus dibuat untuk memberi peluang atau ruang kepada mereka yang betul-betul berbakat tetapi tidak diketengahkan.

Kebanyakan netizen menyokong idea Que Haidar ini yang disifatkan kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

Menurut Que lagi, cadangan ini dibuat kerana dia sangat sayangkan industri lakonan dan berasa sedih apabila mutu dan kualiti lakonan tidak dijaga oleh pendatang baru ini.

Rasanya tak salah kalau pelakon baru dan pelakon lama ni menghadiri bengkel lakonan, bukan ke everyday is a learning process?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");