Jenayah

Raba Anak Tiri Ketika Tidur

SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh ditangkap terhadap seorang lelaki atas tuduhan cuba mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia 16 tahun.

Tertuduh berusia 50 tahun mengaku berbuat demikian di sebuah kediaman di Taman Seri Pandan Sikamat, di sini, pada 25 Ogos lalu, lebih kurang jam 5.45 pagi.

Remaja terbabit ketika itu sedang tidur dalam biliknya sendiri terjaga dengan tindakan tertuduh yang meraba tubuhnya, lantas bingkas melarikan diri.

Namun, tertuduh menyuruh mangsa merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ibunya.

Akibat terlalu takut, mangsa bergegas keluar rumah dan mengadukan insiden menimpa dirinya kepada salah seorang rakannya.

Mangsa kemudian pergi ke rumah bapa kandungnya, lalu dibawa ke balai polis.

Ibunya pula hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh mangsa menerusi WhatsApp.

Pada keesokannya sekitar jam 1 pagi, tertuduh ditahan polis di depan sebuah kediaman di Green Street Homes, Seremban 2, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripadanya, lapor Sinar Harian.

Dia kemudian merayu agar dikenakan hukuman berbentuk denda sahaja atas faktor kewangan ekoran tidak bekerja dan perlu menanggung tiga orang anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng memohon hukuman setimpal dengan tahap keseriusan kesalahan dilakukan tertuduh.

Tertuduh tidak diwakili peguam pada prosiding berkenaan yang dijalankan di hadapan Majistret, Mohd Zaki Abd Rahman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");