Membawang Hari Ini

Ramli Sarip Teruskan Konsert Bantu Pelarian Rohingya

Walaupun terkejut, tindakan penaja menarik diri pada saat akhir sedikit pun tidak melemahkan semangat Papa Rock Datuk Ramli Sarip untuk meneruskan usahanya mengumpul dana bagi pelarian Rohingya.

Malah katanya, biarpun sudah melabur wang poket sendiri pada awalnya, dia sedikit pun tidak menyesal.

“Hal ini tidak seharusnya terjadi kerana terdapat masalah dalaman pada pihak penaja.

“Memang memeranjatkan saya tetapi peristiwa ini tidak mematahkan semangat, perjalanan masih akan diteruskan.

“Kami yakin jika tidak dapat capai sasaran kutipan sekalipun, sekurang-kurangnya kami sudah sampaikan mesej dan meningkatkan kesedaran,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman kedua konsert berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Turut hadir kumpulan Raihan dan pengurus Ramli, Juriah Banding.
Sepatutnya, Konsert Pelarian untuk Rohingya itu dijadualkan berlangsung pada 26 0gos ini di PWTC, namun atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan penaja, mereka mengambil keputusan untuk menarik diri.

Bagaimanapun, peminat masih dapat menyumbang sambil berhibur pada Konsert Gala Pelarian yang akan diadakan pada 25 Ogos di lokasi sama.

Bagi peminat yang sudah membeli tiket untuk Konsert Pelarian, mereka tidak perlu khuatir kerana mempunyai pilihan sama ada menyertai Konsert Gala Pelarian ataupun menuntut wang mereka semula.

Demi meringankan beban ditanggung penderitaan etnik itu, Ramli,64, bagaimanapun tidak berseorangan.

Pada persembahannya nanti dia akan turut disertai oleh Ratu Rock Negara Ella dan kumpulan nasyid kotemporari popular Raihan.

Selain itu, Pekin Ibrahim turut dijemput untuk membacakan puisi manakala Man Kidal – pemain gitar handalan akan turut mengiringi Konsert Gala Pelarian berkenaan.

Sehubungan itu, sebuah showcase di Hard Rock Cafe akan diadakan pada 6 Ogos ini bagi menyemarakkan lagi Konsert Gala Pelarian itu.

Konsert yang mendapat sokongan padu PWTC dan Perodua itu turut menawarkan sebuah kereta Perodua Axia sebagai hadiah cabutan bertuah.

Menurut Ramli, tiket jualan Konsert Gala Pelarian amat memberangsangkan dan jualan sudah pun mencecah 50 peratus.

Malah katanya, dia tidak berasa kesal dengan sikap penaja yang menarik diri di saat akhir kerana beranggapan itu sudah menjadi sebahagian daripada ujian yang didatangkan kepadanya.

“Tiada apa nak dikecewakan kerana dalam hidup kalau tidak boleh kecewa bermakna orang itu tidak boleh diuji.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");