Berita Hari Ini

Rasionalisasi 1MDB Berjalan Lancar: Khalid

KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata isu bailout 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak lagi relevan, memandangkan penstrukturan semula syarikat itu berjalan lancar.

Malah jelasnya yang menghadiri perbincangan meja bulat Pas-1MDB baru-baru ini berkata, fokus perbincangan adalah ke arah penyusunan semula hutang syarikat yang telah dimulakan Ketua Pegawai Eksekutif Arul Kanda Kandasamy dan ahli lembaga pengarahnya.

Khalid berkata, 1MDB telah membayar lebih daripada AS $ 10 bilion (RM42.9 bilion) dalam bentuk faedah dengan modal ekuiti bernilai RM10 juta.

“Kesimpulannya, nilai aset bersih semasa yang dimiliki 1MDB kini boleh menampung liabiliti semasa dan akan datang dan masih ada lagi lebihan,” kata Khalid di Facebooknya.

Jelasnya lagi, pengurusan penstrukturan semula 1MDB adalah perlu dalam memastikan nilai aset semasa dikekalkan dan tiada halangan dalam membayar hutang dan komitmen yang dilihat berjalan dengan lancar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");