Sukan Hari Ini

Renang Terbuka: Kevin, Heidi Hadiahkan Emas Buat Negara

Perenang acara 10 kilometer renang terbuka negara, Kevin Yeap dan Heidi Gan membutirkan pingat emas buat Malaysia dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ini merupakan emas yang pertama buat Kevin dalam acara renang terbuka sejak beralih ke acara ini sejak tahun lalu.

Perenang kelahiran Perak itu turut mengumumkan ia adalah perlumbaan terakhirnya kerana dia sudah mengambil keputusan untuk bersara.

“Saya mahu bersara dalam kejayaan,” kata Kevin.

Perenang berusia 28 tahun itu menamatkan perlumbaan terakhirnya dengan catatan 2:03.18 saat. Perenang Thailand, Peerapat Lertsathapornsuk [2:05.41s]  meraih tempat kedua dan Aflah Fadlan Prawira [2:08.40s] dari Indonesia di tempat ketiga.

“Secara keseluruhan cuaca baik hari ini, suhu air tidak begitu panas. Saya lebih berpengalaman berbanding pencabar saya sekaligus membantu dalam perlumbaan saya,” kata Kevin.

“Terdapat ramai perenang yang baik dan mereka cuba mengekori saya dalam beberapa pusingan. Saya telah memaklumkan kepada jurulatih bahawa saya akan mengasak dan mengekalkan kelajuan rentak saya.

“Jika saya mengekalkan rentak maka saya akan keletihan tetapi mereka akan lebih letih. Mereka terus mengekori saya sehingga pusingan terakhir dan saya meneruskan rentak dan tidak berputus asa.

“Selepas berlatih setahun, saya mampu teruskan kelajuan renangan biarpun sangat letih. Saya tidak sempat menoleh ke belakang untuk melihat pencabar yang lain.”

Sementara itu, pengalaman Heidi beraksi dalam dua edisi Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia FINA membenarkan dirinya mendominasi acara tersebut.

Perenang yang berpangkalan di Perth, Australia itu melakukan catatan 2:11.02s meninggalkan pencabar terdekat dari Thailand, Benjaporn Sriphanomthorn [2:16.37s] dan Chantal Liew dari Singapura [2:21.30s].

“Saya sangat gembira,” kata Heidi.

“Selepas kempen Sukan Olimpik Rio 2016, saya tidak berehat dan terus berlatih sepanjang tahun ini kerana terlalu inginkan emas buat Malaysia di tempat sendiri.

“Saya bukan sahaja mahu sekadar berenang malah mendominasi perlumbaan dan saya berjaya melakukannya.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");