Sukan Hari Ini

Ronaldo Dedah Ada Niat Kembali Ke England

CRISTIANO Ronaldo telah menarik perhatian peminat Manchester United apabila mengakui dia mahu kembali ke England.

Ronaldo meninggalkan United untuk ke Real Madrid pada tahun 2009 di mana kerjayanya telah mencapai tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, ramai penyokong United berharap dia akan kembali ke Old Trafford memetik laporan Mstar Online.

Ronaldo bahagia menikmati kehidupan di United Kingdom (UK) dan telah bercakap tentang masa yang menyenangkan di United ketika dia bekerja di bawah Sir Alex Ferguson.

Pemain berusia 32 tahun itu telah membuatkan peminat United teruja minggu ini apabila mengakui dia memang berniat sepenuhnya kembali ke England.

Bercakap di mahkamah atas dakwaan penipuan cukai pada Isnin, Ronaldo berkata: “Saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah di England, sebab itulah saya ingin kembali.

“Saya selalu membayar cukai, selalu. Di England dan di Sepanyol. Saya selalu bayar. Seperti yang anda tahu, saya tidak boleh menyembunyikan apa-apa, tak masuk akal pihak saya akan melakukan perkara sedemikian.

“Saya terbuka. Anda tidak perlu melakukan apa-apa, hanya taip nama saya di Google dan segala-galanya mengenai Cristiano akan keluar.

“Sebagai contoh, majalah Forbes menyiarkan kesemuanya tentang pendapatan saya.”

Dia kemudian menjelaskan perbezaan sistem cukai di UK dan Sepanyol yang dilihatnya.

“Saya masih ingat ketika saya tiba di England, mereka beritahu saya cukainya seperti ini,” katanya.

“Ketika saya tiba di Manchester sebagai pemain berusia 18 tahun, mereka beritahu saya bahawa pengaturan cukai yang digunakan adalah mekanisme terbaik untuk saya, sama seperti pemain lain.

“Di Sepanyol, indikasinya adalah membayar lebih bagi mengelakkan masalah.

“Apabila saya pergi ke suatu tempat, saya membayar apa yang saya perlu bayar, kerana kebenaran sentiasa diketahui.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");