Berita Hari Ini

Sambut Baik Ikan Kembung Jadi Barang Kawalan

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyambut baik pertimbangan kerajaan untuk menetapkan harga runcit bagi ikan kembung, sekali gus menjadikannya barang kawalan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, langkah itu dapat membendung spekulasi yang dimainkan ‘orang tengah’ sehingga menyebabkan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia itu terus meningkat secara tidak munasabah.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam yang kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menetapkan harga runcit ikan kembung di dalam pasaran negara.

Hamzah berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk memastikan bekalan ikan kembung sentiasa mencukupi sepanjang tahun memetik laporan Bernama.

Bagi membendung kekurangan bekalan ikan kembung terutama pada musing tengkujuh dan musim perayaan, Irmohizam berkata LKIM telah mengambil langkah menyekat eksport ikan tersebut selain mengimportnya melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

Langkah proaktif juga diambil LKIM dengan membeli lambakan ikan kembung untuk dijadikan stok simpanan sejuk beku yang diedarkan oleh NEKMAT, Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut mengikut kawasan.

Beliau juga menggalakkan orang ramai memilih ikan kembung sejuk beku keluaran LKIM iaitu Q’Fish yang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");