Membawang Hari Ini

Saya Ikut Fakta, Bukan Emosi – Hafiz Hamidun

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hafiz Hamidun tidak mengetahui isterinya, Joy Revfa, memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan mereka pada 18 Ogos lalu.

Katanya, tindakan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan permohonan sama, pagi ini.

“Kehadiran saya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini bagi mengikut prosedur memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan, tetapi tidak dapat didaftar kerana berlaku pertindihan permohonan.

“Tanpa pengetahuan saya, dia (Joy) terlebih dulu memfailkan permohonan sama Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

“Mahkamah tidak boleh menerima dua permohonan daripada mahkamah berbeza,” katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Hafiz, 33, mahu menunggu keputusan berhubung permohonan dibuat Joy sebelum memberikan ulasan kerana enggan mengganggu proses mahkamah.

“Seperti yang dipersetujui bersama, kami sebenarnya mahu menyelesaikan masalah ini secara baik tetapi nampaknya dia memulakan kenyataan umum menerusi sidang media.

“Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya akan memberi kenyataan selepas mendapat keputusan mahkamah. Kenyataan itu hanya berdasarkan fakta dan bukan emosi,” ujarnya.

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu. Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus, yang kini berusia tiga tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");