Membawang Hari Ini

“Saya Masih Berpakaian Bukan Bogel Pun” – Zizi Kirana

Kritikan sesetengah pihak terhadap dirinya gara-gara imej dan penampilan yang dianggap seksi sikit pun tidak mengubah pendirian penyanyi Zizi Kirana.

Memetik laporan mStar online, bekas anggota kumpulan Fabulous Cat ini berkata, caranya berpakaian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya dia sudah tampil dengan imej tersebut sejak bergelar artis.

“Mana ada seksi, saya masih berpakaian bukan bogel pun. Saya sudah berpakaian begini sudah lama cuma netizen sahaja baru perasan.

“Selepas menyertai pertandingan nyanyian Acadamy Asia 2, ramai yang ikut saya di laman sosial, jadi bila mereka ‘like’ foto saya akan keluar di ruangan explore dan boleh dilihat oleh orang lain.

“Dari situ ramai netizen yang mula masuk dan kecam foto-foto saya yang lain,” ujarnya.

Tidak mahu terlalu mengambil pusing tentang komen-komen negatif netizen, Zizi sebaliknya menyifatkan tomahan netizen terutama mengaitkan agama dengan penampilannya adalah tidak wajar.

“Ada yang tuduh saya seperti tiada agama dan menghukum saya tanpa mereka mengenali saya.

“Pada saya tentang agama biarlah urusan saya dengan Allah. Mereka tidak perlu menjatuhkan hukum mengikut apa yang mereka nampak dengan apa yang saya tunjuk di Instagram sahaja,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");