Isu Panas

‘Saya Masih Lagi Exco Armada’

KUALA LUMPUR – Mohamad Taufik Abas, menegaskan bahawa beliau masih mengekalkan jawatan Exco Armada Pusat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ini kerana sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung pengguguran beliau dalam jawatan itu, sekiranya beliau dipecat.

“Saya nak jelaskan saya masih Exco Armada,kerana  saya tak terima sebarang surat rasmi.

“Lagi pun Lembaga Disiplin tak panggil saya,” katanya dalam sidang medianya di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, Armada Bersatu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah menggugurkan Mohamad Taufik daripada jawatan berkenaan.

Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin berkata, senarai ‘protem’ barisan Exco Armada  yang melalui fasa rombakan setelah mendapat persetujuan penuh dalam mesyuarat Armada berdasarkan surat yang dikeluarkan pihak Armada  bertarikh 21 Jun 2017.

Mengulas lanjut berhubung isu itu, Mohamad Taufik berkata, beliau mengetahui perkara ini melalui media sosial.

“Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ketua Armada seolah-olah saya dipecat melalui media merupakan tindakan yang sangat tak profesional. Ini jawatan exco, bukan ketua kampung.

“Syed Saddiq ni janganlah kebudak-budakan. Saya hanya tahu melalui Twitter, saya terkejut. Kata nak panggil Lembaga Disiplin tapi tiba-tiba sudah pecat. Ini keputusan yang  terburuk daripada Bersatu,” tegasnya.

Justeru tegasnya, beliau mendesak agar Syed Saddiq meletak jawatan

“Disebabkan itu saya desak Syedd Saddiq letak jawatan serta merta sebab saya anggap beliau gagal mentadbir Armada dan gagal bertindak secara profesional dan kebudak-budakan,”‘ katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");