Berita Hari Ini

Serangan Ke Atas Masjid Syiah, 29 Terbunuh

HERAT, AFGHANISTAN: Satu kejadian serangan bunuh diri di masjid Syiah di kawasan barat bandar di sini semalam menga­kibatkan lebih 29 orang terkorban dan 64 lagi cedera, kata pihak berkuasa.

Setakat ini, lebih 1,700 orang awam terbunuh dalam siri serangan di Afghanistan pada tahun ini sekali gus menggugat kerajaan pimpinan Presiden Ashraf Ghani yang disokong kuasa Barat.

Saksi menceritakan bahawa seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya, manakala seorang lagi lelaki bersenjata membaling bom tangan ke arah khalayak ramai yang sedang beribadat.

“Dua penyerang memasuki masjid dan mula melepaskan tembakan dan membaling bom tangan ke arah orang awam,” kata Mohammad Adi, seorang jemaah di masjid berkenaan yang cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Gabenor Herat, Mohammad Asif Rahimi menyatakan sekurang-kurangnya 29 orang terkorban dan 64 lagi cedera dalam kejadian itu selepas dua bulan insiden serangan di Masjid Jama di sini yang menyaksikan tujuh orang terbunuh.

Sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil bertanggungjawab atas serangan itu. Militan Taliban turut menafikan terlibat dalam serangan itu.

Ashraf mengutuk serangan itu dan meminta pemimpin-pemimpin agama menyuarakan bantahan mereka ke atas serangan pengganas ketika kerajaan pimpinannya berdepan tekanan disebabkan kemerosotan kawalan keselamatan di seluruh negara.

 

-KOSMO ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");