Membawang Hari Ini

‘Shah Rukh Khan’ Pernah Dibayar RM30

PETALING JAYA: Kalau sudah memiliki sepasang tangan yang mampu memberikan sentuhan magis, pasti tidak ada yang mustahil dalam dunia solekan.

Walaupun beberapa kali menatap gambar ini, wajahnya kelihatan saling tidak tumpah seperti wajah raja Bollywood nombor satu dunia, Shah Rukh Khan.

Namun hakikatnya mereka adalah dua insan berbeza dan gambar tersebut merupakan pembandingan antara Shah Rukh Khan dan seorang jurusolek profesional.

Minat yang mendalam dunia solekan menjadikan Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 29, semakin menempa nama sebagai jurusolek terkenal dan namanya bukan lagi asing dalam kalangan selebriti tanah air.

Anak jati Kuala Lumpur yang lebih popular dengan panggilan Alha Alfa itu bukan sahaja mahir menata rias wajah selebriti malah dia sebenarnya merupakan graduan seni bina dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Masa belajar dulu, saya pernah tolong rakan daripada jurusan fotografi untuk menyiapkan projek mereka.

“Kebetulan jurusolek ketika itu hanya ada seorang, saya menawarkan diri untuk membantu walaupun langsung tidak berpengalaman,” katanya lapor mStar Online pada Jumaat.

Kata Alha, beliau tidak menyangka bahawa projek tersebut mendapat pujian para pensyarah sehingga ia dipamerkan di galeri UiTM.

Bertitik tolak daripada kejayaan itu, pensyarah fotografi mula menawarkan Alha untuk membuat solekan ke atas beberapa orang model dengan harga RM30 seorang.

Kini, personaliti yang memiliki lebih 316,000 pengikut di Instagram itu sudah pun mengeluarkan jenama kosmetik dan kanta lekapnya sendiri selepas tujuh tahun bekerja secara serius dalam industri tersebut.

“Awal-awal dulu, pihak produksi mengupah saya untuk buat solekan kesan khas hantu pada Jihan Muse.

“Memang seronok buat solekan jenis ini kerana lebih puas tengok hasil kerja kita, namun sekarang permintaan terhadap solekan komersial lebih tinggi,” katanya yang teringin cuba meniru wajah David Beckham dan Kim Kardashian pula selepas ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");