Berita Hari Ini

SPRM Jamin Tangkap Lebih Banyak ‘Jerung Dan Bilis’

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan membuat banyak lagi tangkapan membabitkan kes rasuah dan salah guna kuasa di semua peringkat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya tidak akan berhenti memerangi rasuah walaupun sudah mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

“Kita sebenarnya sudah melebihi KPI yang ditetapkan dan di Pulau Pinang sahaja pada minggu ini, kita ada lima kes rasuah yang sudah didakwa.

“Ini melepasi sasaran iaitu sekurang-kurangnya satu kes setiap minggu.

“Kalau dulu masyarakat agak skeptikal dengan kerja SPRM, sama ada boleh atau tidak kami banteras rasuah. Tetapi sekarang tidak lagi dan kita serius untuk terus menghapuskan rasuah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, malam tadi.

Terdahulu, Dzulkifli menyaksikan 10 kluster NGO Pulau Pinang menandatangani IBR, yang julung kali diadakan di negara ini membabitkan wakil NGO.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");