Perak Hari Ini

Sudah Bergambar di Mural 3D Tanjung Malim?

TANJUNG MALIM:Usaha penghasilan lukisan mural di bahagian sisi dereten bangunan perniagaan di Pekan Lama, di sini ternyata berjaya mengindahkan dan memberi nilai tambah terhadap imej Tanjung Malim.

 

Sudah anda ke lokasi itu? Banyak pembaharuan berlaku pada Tanjung Malim, yang bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya kini terdapat pelbagai mural di sekitar kawasan pekan berkenaan dilukis cantik bagi menarik pelawat ke sini.

 

Dinding dereten kedai yang usang kini kembali ceria, dengan usaha kreatif daripada pelbagai agensi iaitu Majlis Daerah Tanjung Malim.

Antara tema-tema yang dipamerkan seperti sejarah negara, animasi kanak-kanak, ekspresi belia dan haiwan.

 

Lukisan Mural 3D ini juga turut memaparkan barisan pemimpin negara yang mampu menjadi satu ruang memberi maklumat kepada umum.

Anda boleh datang sendiri ke tengah pekan Tanjung Malim berhampiran Sarang Hub untuk merakamkan gambar dan berswafoto pada bila-bila masa sahaja.

 

Permukaan jalan di lorong itu juga dinaik taraf dengan binaan konkrit untuk kelihatan bersih dan selesa ketika melaluinya, sedangkan kebiasaannya ia jarang dilalui orang ramai kerana bimbangkan keselamatan.

 

Gabungan dan teknik warna terang digunakan menjadikan lukisan mural 3D tampak ceria dan mampu menjadikan mural itu nampak seolaholah hidup menyebabkan pengunjung begitu teruja untuk merakamkan gambar.

Di samping itu, mural 3D sebuah bas yang sedang melalui terowong dan kereta api juga antara yang menarik perhatian orang ramai untuk berswafoto apabila mereka seperti berada dalam dunia realiti.

 

Malah, lukisan mural 3D kawasan pelancongan di daerah ini juga turut dipaparkan dengan gaya dan teknik yang mampu memberi impak kepada pengunjung bertujuan memperkenalkan lokasi pelancongan yang perlu dilawati jika datang ke daerah Muallim.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");