Membawang Hari Ini

Suicide Squad 2 Kehilangan Pengarah

Produksi filem sekuel, Suicide Squad 2, nampaknya terpaksa rela dengan keputusan sutradaranya.

Memetik laporan AceShowbiz, Jaume Collet-Serra memutuskan untuk mengundurkan diri daripada produksi projek filem ‘supervillain’ tersebut kerana mahu lebih fokus mengarah filem Disney, Jungle Cruise.

Mahu tidak mahu, Warner Bros selaku studio filem yang memproduksi Suicide Squad 2, kembali sibuk mencari pengganti Collet-Serra.

Namun, pihak studio nampaknya berdepan cabaran bagi mendapatkan pengarah baru untuk filem sekuel tersebut.

Ada pihak mendakwa Warner Bros. cuba ‘melamar’ Mel Gibson, namun tawaran itu ditolak. Begitu juga dengan sutradara Zombieland, Ruben Fleischer dan Jonathan Levine yang pernah mengarahkan filem Warm Bodies.

Sementara itu, Collet-Serr memilih mengarahkan Dwayne Johnson untuk film “Jungle Cruise” yang berdasarkan sebuah taman permainan di Disneyland.

Jungle Cruise merupakan sebuah lokomotif kecil yang membawa sekelompok pelancong melawat hutan yang penuh dengan haiwan dan reptilia berbahaya.

Collet-Serra selama ini dikenal sebagai pengarah berasal dari Sepanyol yang berjaya mencipta fenomena menerusi filem psikologi thriller berjudul Orphan. Beliau juga terkenal menerusi beberapa karyanya seperti Unknown, Non-Stop dan Run All Night.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");