Sukan Hari Ini

Sukan SEA KL2017: Penyertaan Putera Abdul Mateen Curi Tumpuan Netizen

SEMALAM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam acara kuda lasak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan ini akan menambahkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk menonton dan menyokong kontijen negara dalam temaysa itu.

Selain dari penyertaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam acara polo ekuestrian, penyertaan kerabat diraja Brunei khususnya Putera Abdul Mateen Bolkiah, turut mencuri tumpuan netizen.

Lapor Hanasuva.com, semalam tular di media sosial khususnya di Twitter apabila pas pengenalan diri peserta ketiga-tiga orang atlet VVIP ini menjadi bualan hangat.

Menurut Berita Harian, pada perlawanan pembukaan acara sukan tersebut di mana perlawanan antara Malaysia dan Brunei di Taman Ekuestrian Putrajaya pada 22 Ogos ini, bakal menyaksikan Khairy berdepan dengan kerabat diraja Brunei.

Berdasarkan senarai pasukan yang mengambil bahagian, antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam skuad polo Brunei, empat pemain adalah kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26; Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, 33; Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36; dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43.

Putera Abdul Mateen adalah barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, dikenali ramai sebagai aktif bersukan manakala kekandanya, Azemah Ni’matul antara dua pemain polo wanita bagi acara polo ekuestrian KL2017.

Bagi pasukan Malaysia, Khairy adalah menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam temasya dwitahunan itu, dan akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.

Mereka ialah Shaik Reismann Mohamed Ismail, Muhammad Faizal Abu Bakar, Abdul Rashid Hasnan, Amran Selamat, Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman dan Mohd Zulhelmi Nadzar.

Acara ekuestrian polo ini merupakan acara sukan percuma selain dari sukan akuatik, memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal dan sebagainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");