Perak Hari Ini

Sultan Perak Perkenan Sertai Kayuhan Merdeka MBI 2017, Diringi 3,000 Peserta

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli menyertai Program Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2017 di Dataran Bandaraya Ipoh di sini, pada Rabu

 

Turut mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Datuk Bandar, Datuk Zamri Man.

Sultan Nazrin juga berkenan melepaskan peserta kayuhan kategori terbuka yang melibatkan laluan sejauh 20 kilometer di bandar raya ini, sekitar jam 9.00 malam.

 

Baginda kemudiannya memulakan kayuhan sejauh 10  kilometer yang turut diringi tetamu kehormat lain.

 

Antara laluan yang dilalui Baginda ialah, Jalan Sultan Iskandar Shah, Jalan Dato Onn Jaafar, Jalan Hospital dan Jalan Dato Ahmad Said.

Program yang memasuki kali keempat tahun ini disertai kira-kira 3,000 orang peserta.

 

Ia merupakan anjuran MBI dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kerja Raya serta Hospital Raja Permaisuri Bainun.

 

Pada masa sama, acara ini juga turut menyediakan cabutan bertuah untuk peserta kayuhan di mana ia melibatkan hadiah utama seperti motosikal, basikal, dan telefon pintar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");