Membawang Hari Ini

Syamel Serlahkan Bakat Lakonan Dalam Muzik Video

KUALA LUMPUR: Lagu Lebih Sempurna dendangan Syamel sudah lebih setahun dilancarkan dan dimainkan di radio tempatan.

Lebih mencuri perhatian adalah video muzik lagu itu yang dimuat naik pada 21 Julai lalu, menampilkan Syamel bergandingan dengan pelakon Ruhainies.

 Ramai berpuas hati dengan hasil video muzik itu dan memuji kemampuan Syamel berlakon.
“Saya boleh berlakon, cuma tidaklah terlalu hebat. Ramai cakap nampak bakat saya itu menerusi video muzik Lebih Sempurna,” katanya.

Ditanya mengenai gandingannya dengan pelakon kecil molek itu, Syamel mengakui kagum dengan bakat Ruhainies.

“Nama Ruhainies memang ada dalam senarai pelakon yang ingin saya tampilkan dalam video muzik Lebih Sempurna.

“Antara kriteria yang ada pada Ruhainies ialah dia manja, sekali gus bersesuaian dengan karakter dalam lagu ini,” katanya.

Syamel juga berkata, proses penggambaran video muzik itu berjalan lancar kerana Ruhainies memudahkan semuanya.

Ditanya sama ada dia akan mencuba nasib dalam bidang lakonan pula selepas ini, Syamel mengakui belum bersedia menggalas komitmen itu.

“Kalau benar mahu berlakon, banyak lagi yang perlu saya belajar. Sebelum ini, ada beberapa tawaran berlakon tetapi saya belum yakin.

“Lagipun, komitmen masa untuk lakonan lebih panjang berbanding nyanyian. Banyak aspek yang perlu saya pertimbangkan,” katanya.

Syamel meluahkan rasa kagumnya terhadap anak seni yang bergelar pelakon.

“Saya pernah mencuba nasib dalam sesi uji bakat lakonan. Belum ada niat untuk lebih serius tapi minat sudah ada.

“Sejujurnya, saya sangat kagum dengan rakan artis yang bergelar pelakon. Tidak mudah rupanya untuk menelaah skrip yang tebal dan memasukkan diri dalam karakter yang diberikan,” katanya.

Terbaru, Syamel yang kini bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment dalam proses menghasilkan lagu baru.

“Saya kerap muncul dengan lagu berentak perlahan, bimbang juga orang mula bosan. Jadi, single seterusnya saya akan cuba hasilkan karya lebih ‘besar’ dan ada elemen jaz,” katanya.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");