Perak Hari Ini

Syukur, Terharu MB Rasmi Baik Pulih Rumah

SEGARI: Pasangan suami isteri, Razali Md Desa, 47, dan Maria Zakaria, 45, dapat menarik nafas lega apabila rumah mereka terpilih bagi Program Baik Pulih Rumah oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Selain rasa syukur, mereka juga terharu dan tidak menyangka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir merasmikan baik pulih rumah pusaka mereka ini yang akan dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk setempat penduduk setempat.

“Saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan serta, tidak sangka yang Menteri Besar sanggup hadir bagi merasmikan program baik pulih rumah pusaka keluarga kami ini,” kata Maria yang tinggal seramai lima beranak di sini.

Tambah Maria, dia telah mendiami rumah berkenaan selama kira-kira 20 tahun.

Kediaman mereka ini merupakan antara 10 buah rumah yang terpilih bagi Parlimen Lumut di mana setiap rumah diperuntukkan JPM sebanyak RM 10,000 bagi kos baik pulih.

Pada masa sama, Zambry berkata inisiatif sebegini merupakan bukti kerajaan prihatin kepada kesejahteraan rakyat.

“Usaha seperti ini membuktikan kerajaan komited dan amat memahami setiap nadi keperluan rakyat demi kesenangan bersama”, katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian program berkenaan di Kampung Batu 3 di sini pada Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");