Sukan Hari Ini

Tak Pernah Sembunyikan Apa-Apa: Ronaldo

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengambil pendekatan untuk tidak bercakap dengan pemberita selepas memberi keterangan di mahkamah pada Isnin terhadap dakwaan mengelak cukai bernilai 14.7 juta euro.

Ronaldo, 32, berada di mahkamah Pozuelo de Alarcon selama 90 minit.

Bekas pemain Manchester United itu bertindak sedemikian sebagai tanda protes untuk menunjukkan dia tidak bersalah dan telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi agensinya, Gestifute.

“Pihak berkuasa cukai Sepanyol tahu pendapatan saya secara terperinci kerana kami telah memberikan kepada mereka. Saya tidak pernah menyembunyikan apa-apa dalam pengisytiharan saya atau ada niat untuk mengelak cukai.

“Saya sentiasa melakukan pengisytiharan secara sukarela kerana saya fikir kami perlu mengisytiharkan dan membayar cukai mengikut pendapatan kami. Mereka yang mengenali saya tahu apa saya minta penasihat saya lakukan.

“Mereka mengambil sedikit masa untuk menyelesaikannya dan membayar dengan betul kerana saya tidak mahu mencetuskan masalah,” kata Ronaldo dipetik dari laman portal Mstar Online.

Ronaldo menjelaskan dia tidak mewujudkan struktur khas untuk menguruskan hak imejnya selepas menyertai Real Madrid dari Manchester United pada 2010.

Mahkamah Sepanyol giat memburu pemain bola sepak yang dipercayai cuba mengelak cukai.

Malah pemain Barcelona, Lionel Messi turut dikenakan hukuman penjara 21 bulan atas pertuduhan sama tetapi di bawah undang-undang Sepanyol penalti itu boleh ditukar kepada bayaran denda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");