Jenayah

Tapak Kaki Hampir Putus

TANJUNG PIANDANG – Seorang pemandu jentani cedera parah apabila tapak kaki kirinya hampir putus akibat terkena mata pisau jentera itu pada minggu lalu.

Bapa mertua mangsa, Md Nayan Hanapiah 56, berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an menghentikan seketika jentera dipandu bagi membersihkan mata pisau jentera yang tersangkut pada tanah.

Menurutnya, dia sedang berada di laman rumah sebelum menyedari mangsa berhenti dan turun dari kenderaannya.

“Masa itu, pakcik rasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas menantu pakcik tiada di jentera.

“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada menantu yang memaklumkan kakinya hampir putus dilibas pisau jentani.

“Saya bersama seorang lagi menantu bergegas mendapatkan mangsa dan setiba di lokasi kejadian, kami terkejut apabila melihat mangsa sedang mengalami kecederaan teruk,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Md Nayan berkata, mereka segera mengangkat mangsa masuk dalam kenderaan dan membawanya ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kesan kemalangan itu turut menyebabkan ibu jari mangsa putus.

“Pembedahan selamat dijalankan dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

“Saya percaya kejadian ini berlaku disebabkan menantu tidak mematikan enjin jentera dan mata pisau sehingga menyebabkan mata pisau berkenaan membelah tapak kakinya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");