shadow

Pakatan Harapan dilihat semakin tenat dan terdesak untuk meraih sokongan rakyat dalam menempuh pilihanraya akan datang

Isu Unisel, Kilang Haram dan beberapa lagi ternyata memberi impak besar kepada pembangkang apatah lagi dengan pilhanraya yang semakin dekat.

Cuba mengalihkan kontroversi itu maka muncul Hero Veteran DAP, Lim Kit Siang yang cuba memberi harapan palsu kepada penyokong-penyokong parti pembangkang khususnya di negeri Perak.

Kit Siang sendiri dilihat tidak yakin kemampuan Pakatan Harapan untuk menawan Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14)

Propaganda ini perlu dibuat DAP kerana negeri Pulau Pinang kini makin tenat maka isu tawan Perak ini disensasikan.

Disebabkan mendapat tekanan hebat dari setiap penjuru, Pakatan Harapan kini dikecam kerana perbalahan dalaman yang berlaku dalam parti dan ketidaktentuan parti yang kini berdepan dengan pelbagai masalah seperti isu rasuah DAP, isu Memali Mahathir, isu pemilihan pemimpin dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, Lim Kit Siang dilihat cuba menutup kelemahan ini dengan mencetuskan propaganda politik ini bagi mengalihkan perhatian rakyat berhubung dengan isu-isu yang menimpa Pakatan Harapan dengan mensensasikan isu menawan Perak pada PRU14.

Namu begitu, propaganda Lim Kit Siang nampak lesu kerana ketidakyakinannya berhubung misi Pakatan Harapan untuk menawan Perak.

Lihat saja gaya dan pertuturan ceramah politiknya. Lim Kit Siang dilihat kerap mengulangi perkataan ? ‘JIKA’ semasa berceramah di Parit Buntar minggu lalu.

Lim Kit Siang kerap kali menggunakan istilah “JIKA” dalam ceramahnya.

Contohnya “JIKA PAS bertanding dan menjadi pengganggu undi”, “JIKA berlaku pertandingan tiga-penjuru” dan pelbagai keadaan yang menggunakan perkataan “JIKA”.

Secara psikologinya, ini menunjukkan bahawa Lim Kit Siang tidak yakin langsung dalam hal ini.

Sekiranya dia yakin, sudah pasti perkataan “JIKA” tidak akan terlepas dari mulut Lim Kit Siang sebaliknya dia hanya akan menegaskan bahawa mereka mampu melaksanakannya dan mampu melakukannya.

Tindakan ini secara tidak langsung juga jelas menunjukkan Lim Kit Siang hanya berada di awang-awangan dan tidak yakin dengan hipotesisnya sendiri.

Lim Kit Siang sendiri tidak yakin dengan ramalannya dan hanya syok sendiri untuk menawan Perak.

Apa yang jelas, misi Kit Siang untuk menawan Perak hanyalah ilusi dan imaginasi DAP yang cuba dibuat untuk menyedapkan hati penyokong-penyokongnya.

Mereka akan terus memberi gambaran bahawa mereka boleh menawan Perak tapi hakikatnya Pakatan Harapan kini berdepan dengan krisis politik dalaman yang meruncing.

Di samping itu, tindakan pihak Kerajaan Negeri Barisan Nasional Perak mematahkan serangan-serangan Pakatan Harapan sedikit sebanyak sudah dapat mengatasi dakyah dan dasar politik kebencian yang ditanam oleh DAP serta sekutunya.

Perak kini berada di landasan betul, buat Pakatan Harapan jangan mimpi dan berimaginasi untuk menawan Perak bila parti sendiri pun tidak terurus.

Komen & Pendapat