Perak Hari Ini

Telur Tercemar Dari Eropah: Kerajaan Negeri Sentiasa Pantau Dan Tegas Aspek Kualiti Makanan

IPOH: Kerajaan negeri memandang serius dan sentiasa mementingkan keselamatan serta kualiti sesuatu bahan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri amat tegas dan tidak akan berkompromi dalam soal kebersihan makanan.

“Kita sentiasa tegas dalam soal kepentingan kualiti makanan dan jika dilihat, kita sentiasa melakukan pemeriksaan secara mengejut terhadap kilang-kilang mahupun premis-premis penyediaan makanan bagi memastikan tahap kebersihan makanan sentiasa berada dalam keadaan terbaik”, katanya.

 

Mah berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan dengan isu yang tular di laman sosial selepas media tempatan melaporkan berkenaan terdapat telur ayam dari Eropah yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda dan dilaporkan sudah tiba di Hong Kong.

Beliau ditemui di program Pesta Kerjaya dekat Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) di sini pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, Mah berkata program tersebut mendapat sambutan mengalakkan di mana ia disertai 70 buah Intitusi Pengajian Tinggi  tempatan dan luar negara.

Tambahnya program tahunan ini membuka peluang kepada pelajar khususnya calon-calon SPM sekolah ini untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");