Membawang Hari Ini

Teman Lama Bongkar Aib Masa Silam Kanye West

Dalam rancangan Public Enemies yang ditayangkan di Channel 4 baru-baru ini timbul satu perkara mengejutkan mengenai suami Kim Kardashian ini apabila dia dikatakan memiliki banyak koleksi barang porno.

Memetik laporan Dailystar, tayangan tersebut ‘mengajak’ penonton mengunjungi ke rumah masa kecil Kanye.

Bukan setakat itu, pihak produksi acara tersebut turut menampilkan beberapa teman lama Kanye untuk mendapatkan beberapa penjelasan lanjut dan kesahihan.

Sambil memperkenalkan kawasan rumah lama Kanye, rapper GLC dan Doe berkongsi mengenai kehidupan rapper berusia 40 tahun itu sebelum berkahwin dengan Kim Kardashian.

“Kami pergi ke tempat tidurnya. Dia membawa semua orang Afrika ke rumahnya,”

“Dia mempunyai berkotak-kota koleksi video porno.

“Dia suka gadis-gadis. Dia suka baju-baju. Dia suka muzik. Dia suka hal tentang Afrika. Dia menyukai seni,” cerita GLC.

Selain itu, program tersebut mendedahkan Kanye suka membaca buku.

“Saya tidak tahu berapa ramai orang yang tahu betapa Kanye Westn seorang ulat buku,” kata Jensen Karp.

Kanye West memulakan kariernya sebagai penyanyi rap sekaligus produser muzik sebuah kumpulan rap.

Kemudian dia bergabung dalam label Jay-Z, Roc-A-Fella Records pada tahun 2000.

Selama setahun bernaung di bawah sayrikat itu, Kanye diberi kepercayaan menerbitkan empat buah lagu untuk album Jay-Z “The Blueprint”.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");