Berita Hari Ini

TH Berusaha Laksana 5,000 Permohonan Badal Haji

MAKKAH: Tabung Haji (TH) akan berusaha memastikan 5,000 permohonan badal haji (upah haji) daripada umat Islam Malaysia dapat dilaksanakan bagi musim haji 1438 Hijrah.

Lapor Bernama, Pengarah Operasi Bimbingan Haji 1438 Hijrah, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata setakat ini, 3,700 penduduk Makkah sudah ditauliahkan sebagai pelaksana badal haji daripada temu duga terbuka yang diadakan selama tiga hari bermula 27 Julai lepas di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj AlJanadriyah.

“Tugas mengagihkan siapa hendak buat badal haji adalah berdasarkan kepada temu duga. Insya-Allah baki 1,300 (pelaksana badal)…kita akan buat temu duga pada Ahad dan Isnin ini (6 dan 7 Ogos),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di sini, pada Selasa.

Badal haji bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadah haji ke atas dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan dia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadah tersebut ketika masih hidup.

Tengku Aziz berkata pada musim haji tahun ini, TH menetapkan 5,000 permohohan badal haji daripada umat Islam Malaysia.

Bagi memastikan badal haji itu dilaksanakan, beliau berkata TH akan membuat dua pembayaran kepada pembadal, iaitu SR1,000 selepas diberi tauliah dan baki SR1,400 selepas hari wukuf sebaik mereka selesai menyempurnakan ibadah haji.

Hari Arafah atau juga dikenali hari wukuf adalah kemuncak ibadah haji.

“Mereka yang layak menjadi pembadal haji itu telah menjalani sesi temu duga bagi memastikan mereka mengetahui syarat dan memahami hukum-hukum ibadah haji,” katanya.

Dalam pada itu Tengku Aziz menasihatkan umat Islam di Malaysia supaya melantik pembadal haji yang benar-benar layak bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");