Jenayah

Tiada Sayur Plastik -KPDNKK

TAWAU: Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya terdapat sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Pejabat KPDNKK Tawau, Sam Aminuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas pasar raya tersebut kira-kira pukul 9 pagi Jumaat lalu menunjukkan tiada sayur plastik dijual seperti didakwa.

“Pembekal sayur kepada pasar raya berkenaan turut dikenal pasti dan turut dipanggil selepas tular dakwaan sayur plastik dijual,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pada Jumaat lalu, pemilik akaun Facebook ‘Nurul Syamia’ telah memuat turun gambar serta status menyebut sayur plastik di Century Department Store Sdn. Bhd. di Batu 3.

Sementara itu, penolong pengurus pasar raya itu, Hon Hock Jiang kesal dengan maklumat tidak betul yang ditularkan kerana boleh menjejaskan nama baik pasar raya berkenaan.

“Para pengguna di daerah ini, diharap agar lebih bertanggungjawab dalam melabelkan sesuatu produk, kerana boleh mendatangkan kesan buruk kepada perniagaan,” katanya.

 

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");