Isu Panas

Tiba-Tiba Dapat Baju, Kena Terajang, Kena Tangkap…..

SHAH ALAM – Sebuah rakaman video yang menunjukkan kenyataan dua daripada tiga orang remaja yang ditahan ketika insiden keganasan sewaktu penganjuran Forum Nothing To Hide 2.0 Ahad lalu telah menjadi tular, hari ini.

Mereka merupakan antara yang didakwa telah diupah untuk menyamar sebagai ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, ketiga-tiga remaja bawah umur terbabit menafikan mereka diupah oleh mana-mana pihak tertentu untuk mencetuskan kekacauan semasa forum tersebut.

Sebaliknya, mereka mendakwa mereka menjadi ‘mangsa keadaan’ dan berada di masa dan tempat yang salah.

“Saya bangun pagi-pagi, lepas tu ‘member’ call ajak lepak tempat biasa. Saya turun bawah lepak dengan dia, lepastu ‘member’ saya cakap,’Jom lah pegi ‘ni’ (forum Nothing To Hide 2.0).

“Saya tanya, lepak mana? Kemudian dia cakap,’Tak payah tahu’”, jelas remaja tersebut.

“Saya baru datang, pergi tandas dengan dia (sambil menuding ke arah rakan di sebelahnya), kemudian dia mahu beli air di depan sebelum ada kekecohan. Tiba-tiba saya diterajang dan ditangkap di depan (menuding ke luar),” tambah salah seorang pemuda berkenaan.

Pemuda itu menjelaskan, dia telah dijanjikan baju percuma jika mengikuti program berkenaan.

Semalam, Forum Nothing To Hide 2.0 dicemari insiden keganasan melibatkan para peserta yang bertindak untuk membaling kerusi, melontar selipar dan mencampak suar.

Forum yang bermula pada jam 4 petang itu bertukar menjadi tidak terkawal ketika Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan peserta mengenai insiden Memali.

Susulan kekecohan itu, tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, menerusi semakan keahlian, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa ketiga-tiga remaja terbabit bukannya merupakan ahli Armada dan mendakwa mereka diupah untuk menyamar sebagai ahli Bersatu.

“Persoalannya, jika mereka bukan ahli Bersatu, siapakah yang memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Tun Mahathir?” soalnya. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");