Jenayah

Tidak Mengaku Rogol Gadis Bawah Umur Hingga Hamil

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur sehingga menyebabkan mangsa melahirkan seorang anak lelaki.

Tertuduh, Afham Solehuddin Anuar, 25, yang kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah, didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di kawasan gelanggang tenis Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada 18 Mei 2013, kira-kira jam 10 pagi dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Afham Solehuddin hanya mengangguk faham, sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 14 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hafizah Mohd Sokran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");