Perak Hari Ini

Tiga Bot Nelayan Tempatan Ditahan, Mengaji Warga Asing

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 3 Lumut telah menahan tiga buah bot nelayan tempatan dari Hutan Melintang bersama tiga tekong dan enam awak-awak warganegara Myanmar atas kesalahan melanggar syarat lesen petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, Kapal Maritim Nyalau yang diketuai oleh Leftenan Maritim Ahmad Shaifuruddin Jamaluddin berpangkalan di Lumut itu telah menahan bot berkenaan ketika melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot-bot tersebut telah menjalankan aktiviti menangkap ikan yang melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di dalam lesen kerana mengaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan masing-masing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua kru warga Myanmar yang berumur antara 23 hingga 54 tahun di tahan kira -kira10 batu nautika dari selatan Pulau Pangkor,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, kes tersebut akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imgiresen 1959/63.

Katanya, pihak Maritim Malaysia juga akan bertindak tegas terhadap mana-mana bot nelayan tempatan yang didapati melanggar syarat lesen menangkap ikan.

“Bot bersama tekong dan awak – awak kemudiannya diiringi balik ke jeti Kampong Acheh dan tiba pada 04 Ogos 2017 jam 10 malam untuk siasatan lanjut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");