Panasnya Hari Ini

Tikel KL2017 Laris Terjual, MASOC Seru Orang Ramai Beli Awal

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket bagi acara-acara di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) digalakkan untuk membeli dengan segera.

Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC), Seketeriat Kuala Lumpur 2017 dalam kenyataannya memberitahu, status penjualan tiket sedang berjalan rancak sejak ia dilancarkan pada 4 Julai yang lalu.

Jualan bagi acara karate, badminton, gimnastik, ragbi, bola sepak, dan termasuk acara pembukaan pada 19 Ogos nanti semakin habis.

Manakala, acara seperti sukan bola keranjang, pencak silat, taekwondo, renang dan acara akhir bagi sukan futsal dan berbasikal trak telah habis terjual.

Tambah MASOC, keputusan penjualan tiket bagi acara sukan tersebut atas kerana beberapa faktor seperti kapasiti penonton di lokasi pertandingan tertentu serta bagi mengawal jumlah kehadiran penonton dengan lebih sistematik dan teratur.

Malah, MASOC juga mahu memastikan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik kepada penonton ketika berada di lokasi pertandingan.

Walau bagaimanapun, orang ramai masih berpeluang untuk menonton beberapa acara sukan secara percuma di beberapa lokasi yang berbeza seperti ukan akuatik, memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal, ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling pandang, petanque, sukan layar, menembak, skuasy, ping pong, tenis, triathlon, bola tampar, ski air dan wakeboard, angkat berat serta wushu.

Tiket KL2017 masih boleh dijual sehingga ia melabuhkan tirainya dan ia boleh didapati secara atas talian di www.kualalumpur2017.com.my dan juga di pusat jualan lokasi pertandingan pada hari perlawanan acara sukan masing-masing.

Sukan SEA Ke-29 kali ini menyaksikan sebanyak 405 acara dalam 38 sukan yang dipertandingkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");