Jenayah

Ugut Tikam Dua Adik Kerana Cincin

KOTA BHARU – Perbuatan seorang penganggur yang mengugut untuk menikam dua adik kerana sebentuk cincin dibalas dengan hukuman penjara 12 bulan di mahkamah majistret, di sini, tadi.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh Muhammad Fazery Ab Rahman, 26, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa mengugut seorang adik lelaki yang berusia 16 tahun dengan mengacukan pisau di sebuah rumah di Taman Murni Kok Lanas, di sini, pada jam 4 petang, 27 Julai 2017.

Bagi pertuduhan kedua pada hari dan lokasi sama yang sama, tertuduh didakwa mengugut adik perempuannya, Nur Fatin, 23, dengan pisau pada jam 4.10 petang lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");