Membawang Hari Ini

Uji Bakat Ola Bola The Musical, Tiara Jacquelina Cari 50 Pelakon

KUALA LUMPUR: Pengarah Ola Bola The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina mahu mencari 50 pelakon dalam uji bakat muzikal tersebut yang diadakan pada Ahad (esok)  ini.

Tiara berkata 50 pelakon yang dicari itu bukan sahaja boleh berlakon, malah mempunyai bakat dalam nyanyian, tarian dan sebahagiannya perlu tahu menyanyi rap.

“Alhamdulilah, sekarang ini kita menerima lebih 100 penyertaan yang sudah membuat pengesahan untuk datang pada uji bakat nanti.

“Uji bakat ini penting kerana kami mahu mencari pelakon yang terbaik dan memberi peluang daripada muka-muka baru untuk mewarnai pentas Ola Bola.

“Kami juga mencari lebih 50 pelakon yang mempunyai pelbagai bakat iaitu bukan sahaja boleh berlakon, malah perlu pandai menyanyi, menari dan menyanyi rap.

“Watak-watak yang kami cari adalah pemain bola sepak Harimau Malaya, dan juga pasukan bola kumpulan lawan, selain itu watak-watak sampingan lain.

“Kita perlu penyanyi rap pula kerana terdapat lagu yang memerlukan mereka rapping juga,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.

Menurut laman portal itu lagi, uji bakat Ola Bola The Musical bakal diadakan di Enfiniti Academy, Kota Damansara, dari jam 12 tengahari hingga 6 petang pada 20 Ogos (esok).

Sementara itu Tiara juga telah mengingatkan kepada pelakon yang mahu menyertai uji bakat itu perlu membuat persiapan secukupnya kerana mereka hanya diberi peluang menonjolkan bakat masing-masing selama 3 minit sahaja.

“Mencari pelakon untuk berlakon pentas teater ini bukan mudah kerana mereka perlu ada tenaga yang luar biasa untuk berlakon secara live di atas pentas dihadapan penonton yang ramai.

“Jadi saya harap yang datang ke uji bakat itu nanti telah membuat persiapan secukupnya supaya bakat mereka dapat ditonjolkan sepenuhnya pada hari tersebut.

“Kita tidak mahu melihat ada peserta yang datang dan masih mahu berfikir apa yang mereka mahu mempersembahkan sebaliknya sudah bersedia segalanya.

“Bukan apa, kita hanya ada lebih kurang 6 jam sahaja dan peserta uji bakat yang datang lebih 100 orang jadi kita tidak mahu terlepas semuanya dan masa diberikan setiap seorang sangat terhad,” katanya lagi.

Selain Tiara, juri yang turut terlibat pada hari uji bakat tersebut adalah penyanyi Altimet, Joanna Bessey serta beberapa juri lain seperti pengarah muzik dan pengarah kareografer.

Pementasan Ola Bola The Musical akan berlangsung di Istana Budaya, Februari tahun hadapan.

Terdahulu, filem Ola Bola ditayangkan pada 28 Januari tahun lalu di 120 pawagam di seluruh negara berjaya mencapai kutipan mencecah RM12 juta pada hari ke-18 tayangannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");